Dokidoki Wakuwaku Pamyu Pamyu Revolution Land 2012 in Kira Kira Budōkan

Dokidoki wakuwaku Pamyu Pamyu Revolution Land (ドキドキワクワク ぱみゅぱみゅレボリューションランド) ialah album secara langsung oleh penyanyi Jepun Kyary Pamyu Pamyu, dikeluarkan pada 13 Februari 2013.[1] DVD ini mengandungi persembahan terbesarnya yang diadakan di Nippon Budokan di Tokyo pada 6 November 2012. Konsep dari persembahan ini ialah buku bergambar pop-up, menampilkan banyak kostum lucu dan berwarna-warni dan adegan semasa Kyary terbang di atas penonton. Keseluruhan 20 lagu yang ditampilkan di konsert tersedia dalam album ini.Album ini dikeluarkan dalam tiga edisi; CD, DVD, dan Blu-ray. Edisi terhad (DVD sahaja) dijual dengan bonus DVD mengandungi dokumentari di belakang tabir, klip dari persembahan lain, dan juga video Kyary menjelaskan bagaimana menari "tsukematsukeru" dan "Fashion Monster". Edisi terhad ini dikeluarkan dengan satu paket berserta buku foto.[2]